Thursday, 23 May 2013

Inalillahiwainailaihirojiun :'(

AL-FATIHAH


Assalamualaikum :)

Hyee . Hurmm hari nie eyiqa nak share satu cerita , boleh dikatakan cerita sedih jugak laa . Hee :)

I just wanna to tell you all yang Pada hari isnin yang lepas , 19/5/2013 , Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar digemparkan dengan cerita yang amat menyedihkan bagi kami semua terutama cikgu-cikgu kami . Masa pagi Isnin tuh kami dikejutkan dengan berita kematian Cikgu kami iaitu Allahyarham Cikgu Yusairi . Dia ajar mathematics untuk budak lower form . Kami sangat terkejut kerana arwah meninggal dalam keadaan tiba-tiba .

     Sebelum arwah meninggal , arwah sempat keluar minum dengan kawan-kawan dy iaitu cikgu kami jugak di kedai Ustaz Sufian . Dia belanja kawan-kawan dia minum dan borak-borak seolah-olah takda apa yang akan terjadi . Tapi takdir Allah tiada siapa yang tahu . Kite sebagai hambanya yang lemah mesti terima qada' dan qadar Allah . Pada pagi subuh selepas arwah dan kawan-kawannye balik dari kedai tersebut , arwah ingin pergi ke tandas kerana arwah rasa loya dan nak muntah tiba-tiba di dalam tandas itu , arwah terjatuh dan terus kaku serta tidak sedar lagi selamanya . 

     Isteri beliau yang nyata terkejut dengan apa yang terjadi terus meraung dan menjerit hingga menyebabkan warga di flat SBPIS tersedar dari lena dan terus ke rumah arwah . Nyata mereka juga terkejut dan tidak sangka yang arwah telah pergi selama-lamanya mengadap Ilahi . Arwah seorang yang pendiam juga baik hati     tetapi malangnya dia mengidap pelbagai penyakit yang agak kritikal seperti kencing manis , buah pinggang , darah tinggi dan banyak lagi.

     Arwah meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik . Semasa jenazah dibawa ke surau untuk dimandikan , dikapankan dan disembahyangkan , aku melihat isterinya dan wajahnya yang sangat hiba serta menyayat hati . Aku tahu dia seorang yang sangat kuat sehingga boleh menahan kesedihannya di depan orang ramai . Aku juga melihat jenazah yang dibawa ke surau dengan hati yang hiba , perkara ini juga perkara yang jarang berlaku di depan mataku kerana sebelum aku pernah melihat jenayah nenek saudaraku yang telah dikebumikan dari jarak yang jauh daripadaku .

     Rakan-rakanku sabrina dan zanariah menceritakan kepadaku yang dia tidak sangka arwah pergi sekelip mata kerana sebelum hari kejadian mereka sempat bertemu dengan arwah dan arwah juga sempat menghadiahkan senyuman kepada mereka . Kami perasan yang arwah pergi dalam keadaan pagi yang sangat indah dan istimewa . Pada pagi itu jugalah kami merasakan suasana yang sangat sunyi tanpa ada gangguan daripada kicauan burung-burung dan hura-hara pelajar SBPIS .

     Perkara yang menyedihkanlah apabila arwah pernah mengajarku di tingkatan 2 Waja pada 2012 . Arwah mengajarkan kami mathematic yang menggantikan Cikgu Muih yang berpindah ke Mozac . Kami sangat sedih kerana dulu semasa arwah masih hidup kami pernah mengumpatnya dan tidak senang dengan kehadirannya untuk mengajar kami . Kami tahu dia dapat merasakan sikap kami yang sangat kurang ajar itu tetapi arwah tidak menunjukkan rasa kecik hatinye di hadapan kami . Aku rasa sangat bersalah . Kami mengumpatnya cara mengajarnya yang tidak kami fahami dan arwah jarang masuk ke kelas kami kerana arwah sering sakit tetapi kami tidak pernah faham keadaanya . Kami juga tidak sempat untuk memohon maaf dan ampun kepadanya

     Cikgu maafkanlah kami kerana sering melukakan dan menyakitkan hatimu . Kami sedar kami seorang pelajar yang sangat biadap dan tidak mendengar kata . Walaupun cikgu jarang masuk ke kalas kami tetapi cikgu pernah memberikan kami ilmu walaupun hanya sedikit tetapi itulah amat bermakna bagi kami . Cikgu maafkanlah kami atas segala keterlanjuan kami , maafkanlah kami atas tutur bicara kami yang tidak menyenangkan . Halalkanlah semua ilmu yang telah cikgu curahkan dan beri kepada kami . Cikgu walaupun kami semua tidak sempat untuk memohon maaf daripada cikgu tetapi kami berharap sangat cikgu dapat maafkan kami walaupun kesalahan kami kepada cikgu amat besar . Cikgu kami semua akan setia mendoakan ketenangan cikgu disana .Kami berdoa agar cikgu ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan diberikan ganjaran syurga , Aminn . Cikgu ! Ampunkanlah dosa kami cikgu . Doakan kejayaan kami untuk menduduki peperiksaan PMR kami ini tidak lama lagi .
KAMI SAYANG CIKGU YUSAIRI .




SETIAP YANG ADA PASTI AKAN HILANG ,
SETIAP YANG ELOK PASTI AKAN ROSAK,
SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA
PERPISAHAN !


Sekian ,
Nurkilan daripada bekas anak didikmu :)

4 comments:

  1. Setiap kali aku bukak blog kau , mesti tersentap dengar lagu kau .

    ReplyDelete
  2. krik krik
    dulu kau banyak wt salah dgn cikgu khanss :')

    ReplyDelete
  3. Kau pun sama ! Takda beze weyhh :P

    ReplyDelete