Saturday, 23 November 2013

Ammar - pejuang Islam Malaysia popular di Turki dengan gelaran 'syahid yang tertangguh'






















Ahmad Ammar - Digelar sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid Yang Tertangguh”.

Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki. Beliau memilih bidang sejarah
di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk
 mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari
 dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah,
dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman,
mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan
Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan
Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran
sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun
tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran
 dalam tempoh yang panjang.









Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria.

Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik.

Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.

Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?

Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.

Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.

Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’ :

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi.

Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi : “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.” Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans.




Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara. Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya.

Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masyaallah Tabarakallah! Al-Fatihah. - aiyangdisayang



Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam


Tolong kasi UP berita anak muda Malaysia ini.

Ammar - pejuang Islam Malaysia popular di Turki dengan gelaran 'syahid yang tertangguh'

Siapa ada blog sila copy paste. Bagi yang hebat bahasa Inggeri/arabnya mohon jasa baik tulis semula artikel ini menggunakan bahasa inggeris/arab dan sebarkan. Yang tiada blog tolong SHARE.. seronok jika keperibadiannya jadi idola anak muda Islam Malaysia khasnya dan dunia amnya.

Wednesday, 6 November 2013

Candles Light Dinner !

Assalamualaikum ---

Hehe . Do you see the title ? Mestilah kan . Apa laa aku nie . So topik aku pada hari nie ialah my first time candles light dinner . Wowww romantiknye kann . Jangan jelous okayy .

          Inilah pengalaman pertama aku makan malam dengan bercahayakan lilin . Haha , kau ada ? Takde kann . Nak kate romantik memang takde pun sebenarnye . Nak taw sebab ape ? Okay ceritanye macam nie , Masa harituh 3/11/2013 kami , f3 ada jamuan form pada malam tuhh . Ramai jugak tak setuju buat tarikh tuh termasuklah aku kerana harituh sepatutnya kami balik wajib . Cikgu pun tak setuju tapi taktaw laa , bukan aku arrange benda nie semua . Aku just ikut jee jadi kuli . Kuli laa sangat kan . Haha . 

        Nak dijadikan cerita pada malam yang indah itu , sedang kami tengah bersiap tiba-ii pulak semua gelap ! Jeng jeng jeng . Hahhhh ! apa benda tuhh ? Blackout laaa ! haha . Sepanjang aku 3 tahun kat sini tak pernah blackout teruk macam nie . Kenapa terukk ? Sebab satu Batang Melaka blackout wooo . Orang semua tengah excited tengok bola malam tuh maklumlaa final game tiba-ii speechless . Ada yang menangis ada yang macam histeria pun ada . Haha Jetjet je aku . Macam aku taw jee , hee typooo ! Hahh ? tak taw Batang Melaka tuh kat mana ? Hrmm google map laa . Takpe-ii aku dah biasa dah macam nie . haha . 

        Okay sambung balek , nak tak nak malam tuhh memang candles light dinner laa . Perhhh elok-ii semua dah siap lawa lawa handsome handsome . Last-ii jadi macam nie . Hrmm , benda nak jadi . Bukan kite boleh buat apa kann . Tapi memang malam tuh mood aku hilang terus laa . Takde mood langsung . Yang bestnye aku sorang jee yang hilang mood but yang lainn happy jee . Ehhh bagus laa korang kann . Tak jadi macam aku mengada-ngada jee kann . haha . Nak buat macam mana . Mood aku dah nak hilang . Sampai malam tuh 2 cucuk sate jee aku makan taw . Kek sesuap tuh pun dak leyha suapkan . Eeee mengadanyee . Haha . Memang aku nie . Lain kali jangan dilayan . heee

        Tunggu punye tunggu dekat 2 jam laa jugak ktorang bertapa dalam dewan tuhh . Takde laa bertapa mana riuhh jugakk . Cikgu yang datang malam tuh pun just Cikgu Ramli , Cikgu Norlian and Ustaz Nizam jee . Yelaa orang semua nak tengok bolaa . Lagipun sape jeee nak makan dalam gelap macam tuh . Nabek bek laa lilin banyak . haha . Kesian cikgu . Tapi terima kasihh sangat-ii sebab cikgu sudi datang especially Cikgu Norlian . Dahh laa bawak anak . Thanks jugakk . Sayang cikguu sangat-ii . Cikgu laa cikgu yang paling faham kiteorang and tak jemu-ii bangi semangat kat kiteorang . InsyaAllah kiteorang takkan lupa nasihat and semangat yang cikgu bagi dan kiteorang hargai sangat jasa yang cikgu bagi kat kiteorang . Love you much ^^)

       Akhirnya , setelah sekian lama menyala jugak lampu-ii di sekolahku ini . Cehhh . Bahagianye . Mana taknye bergegar datu dewan uh dengan dyorang punye menjerit , Haha . Aku tak menjerit okayy . Aku cakap Alhamdulillah jeee . Cehhhh hahaha . Semua cakap laa . Dan dengan menyalanye lampu-ii tuh . Mood aku terus berubahhh happy .Siott kan . Tapi tak lama , sebab tiba-tiba tudung aku nie buat hal . Dan tak dapat dibetulkan . Haha , ingatkan apa laa tadi kan . Tapi memang geram laa . Spoil giler tudung tuhh . Arghh ! Tengok laa lepas nie aku taknak pakai kau lagi . Menyirapp ! Heee . Tapi takde laa spoil mana , aku okayy je maklum laa aku nie aci redah jee . Benda simple jee . Comel jugak muka aku tuh . KAhkahkah . Jangan marah yee . 

        HAhh ! Lupa nak cerita tadi masa blackout tuh , aku pegi laa luar dewan jap nak ambik angin . Panas woo kat dalam tuh . Lepas tuh aku masuk balik . Tiba-ii aku nampak kuah sate dah tumpah atas mejaa . Wahh bertepek macam apa tah atas meja tuhh . Tuh takpa lagii , yang menyirap nye kuah tuh pulak terkena kat beg camera nikon akuh tuh . PErhhh , angin satu badan aku . Dah laa takde mood , lepas tuh boleh pulak dia buat hal lagi dengan aku . Wahhh ! Sabar je r . Nak je aku tumbuk tumbuk muka dia . Dush dush dush sampai mati . haha . Naseb aku tengah mood diam + sabar jee mase tuhh . Kalau tak memang aku mencarut habis laaa . Ish ish ish . Benefit jugak bad mood aku nie . Tak tambahkan dosa dengan mencarut . haha . Yang tak bestnye bila aku tanye sape yang buat takde sorang pun mengaku . Ishh , naseb bekk laa . Tapi memang tak bertanggungjawab laa sape yang buat tuh , yelaa dah buat lepas tuh tak geti-ii nak kemaskan . Haihhh ! Memang useless betul ! Tak boleh dimaafkan . Tapi takpe aku maafkan . Aku nie pemaaf orangnye . haha . Puji diri sendiri . Yelaa takde sape nak puji so aku laa yang puji . Hoho . Kesah pe aku !

        Huhh ! Penuh perasaan aku cerita , taip pun laju jee . hoho . Sambung balik tadi , lepas dah light on , semua happyy jumuan pun diteruskan . Ada penyampaian cenderamata for everyone . Budak perempuan dapat shawl budak lelaki dapat T-shirt . Naseb baik awesome dia punye hadiah . Berbaloi laa jugak 20 hinggit aku terbang . HAha . Lawa shawl dia . T-shirt pun smart . Banyak dyorang dapat T-shirt bolaa . Lelaki laa katekan . Sesuai laa tuh . Masa ambik hadiah tuh masing-masing ada partner ! Nak taw siapa partner aku ? Hahh ! nama dia juan ! The handsome guy ! Opsss . haha . And ktorang dapat gelaran romeo and juliet . Wahh sweet kan ? Haha , tapi ktorang takde ape-ii pun . Just for fun jee . 

        Lepas acara penyampaian hadiah , ada pulak acara persembahan nyanyian oleh budak-ii lelaki . Tak sangka berbakat jugak dyorang nie dalam nyanyian . Fuhh boleh buat orang melting jugak laa . Nyanyi lagu jiwang pulak tuhh . Suara yang sedap ikhwan, nazierul and syahmi yang lain mintak maaf yee , ke laut laa abang nyanyi . haha . Tapi boleh diterima laa . Kiteorang terhibur .

       Hrmm , rasanye dah terlalu panjang aku taip nie . Kalau aku buat karangan macam nie alangkah bagusnye . tapi tulis karangan yang suka hati apa aku nak tulis . Haha . gilaaa ! Okay laa okay laa , dah penat nie . Byeee . Assalamualaikum muchoooo ^^


Wait wait waitt.......................

Haaaa , nak letak jugak gambar candle light dinner ktorang yang 'meletop' tuh :)

See, gelap-ii pun happy



Semua tengah cuakk time nie



Nice right ? InsyaAllah ktorg semua akan dapat 9A . Aminn



Red Carpet yang Awesome


thank cikgu sebab sudi datang :)

Haha , Bad mood punya pasal . Snap gambar pun taknak



Inilah dia penyanyi-ii yang takde bakat . haha . Saket telinga woo . 
Tapi yang main gitar tuh best :)


Here we r !





Nothing !@#$%^&*

Assalamualaikum :)

Hoihoi for a long long long time aku tak update blog , sekarang nie baru terdetik nak update . Hehe . Tengokkk ! dah berabuk dah blog nie kann . Ish ish ish . Tiuppp sikit kasi hilang ini habuk . Buat sesak nafas je kann . Erkkkk . Haha . Gilaa time :) Nie bilaa aku update nie ada laa sebabnye . Nak taw sebab apa ? Sebabb aku bosan gilaa tahap gaban laaa . Huhhhh ! Duduk sekolah bosan duduk rumah bosan . Everything I do like nonsense , ridiculous and bored bored bored ! haha

        Actually, banyak cerita aku lepas PMR nie . Aku pun pelik kenapa aku malas nak update . Malas sangat . Hrmmm , entahlaa . Okay-ii cerita aku selepas bergelar ex-candidate pmr nie boleh dikatakan macam pengemis pun ada . Haha . Lupaa , bukan aku sorang . Kami semua . Budak-budak comel f3 2013 . Huhhh ! Sebab apa macam pengemis ? Sebab kiteorang nie dah takde tempat nak duduk cuz kelas kiteorang dah digunakan untuk senior-ii kiteorang yang nak jawab SPM . Wahhh ! SPM derrr ! Cuak cuakk . Heee, aku pulak lebih-ii . Tahun nie dyorang tak dapat guna dewan sebab dewan nak renovate . Yelaaa , dah dapat SBT laa katekan . Tapi , bukan dia nak letak air-cond ! Huhhhh ! Takpe2 . Bersyukur je laa kann . Nanti kalau letak air-cond makin nipis laa ozon kite right ! Sayangilah bumi kite ini okayy . Cehhh , tapi betul laa kan . Dan laa Allah bagi pinjam so kenalah jage baik-ii taw :) hehe

        Hrmm , benda paling sedih jadi F3 tahun nie ialah kiteorang dah jadi batch yang dibenci oleh cikgu-cikgu . Ohhh sad sad ! Serious taw ....... Tak taw laa apa nak jadi dengan batch aku nie . Masalah masalah masalah ! Batch yang dicop sebagai batch kurang ajar , batch pemalas , batch pencuri , batch paling tak unite , batch paling teruk , batch bod*h , batch bla bla bla . Hrmm , nasib badan laa . Masing-ii ada buat masalah . Aku pun ada masalah yang tersendiri . Tapi entah laa . Nak salahkan budak tuh budak nie tak boleh jugak sebab masalah tuh kite sama-ii yang buat so tanggung laa sendiri . Aku pun tak taw nak buat apa . Hrmm , kite sabar jee laa . Mybe , aku rasa f3 tahun nie ego semua tinggi gilaa . Masing-ii taknak mengalah . Sorang masalah satu batch kena . Takpe laa sabar jee laaa dugaan . Hopefully, benda nie tak ganggu result kami nanti . Jangan doakan yang buruk-ii taw . Hee . Kami mintak maaf cikgu :) Setiap manusia buat kesilapan . 

        Kalau dah kira tambah tolak darab bahagi , lepas pmr nie aku dah cuti 2 minggu dahh . Hehe . Macam sekolah bapak aku jee kann . Ish ish ish . Tapi takpe laa kan . Bukan nak buat apa-ii pun kat sekolah tuh . Bawak benda haram pun tak boleh . Heee , name pun benda haram memang laa tak boleh bawak . Ape laaa . Tapi bukan haram disisi Islam taw nie haram disisi sekolah kami . Alaa faham-ii je laa . So baik duduk rumah . Even bosan pun bebas laa sikit right ! hee . Aku nie bukan jenis orang yang suka peraturan . Buktinye hari-ii aku lambat pegi sekolah . Hari-ii nama aku kena tulis . Pengawas tuh pun dah cam aku . Haha . Makin famous laa aku ! Tapi aku bukan batak hot pun . Tapi memang nonsense laa . Ada ke patut dia suruh keluar sekolah pukul 6.55 ! Lepas daripada masa tuh terus dia tulis nama . Ehhh tak patut tak patut . Nak pi sekolah awal pun buat apa . Takde benda nak buat . Hrmm , whatever laa . Aku cuba tanak lambat ! Bukan tak cubaa taw . Tapi tak janji laa hari-ii nak cepat . Mintak maaf laa yeee :) heee . Jangan tension-ii . Smile jee bila nampak aku taw . Hoho

Dahh laa nanti aku sambung balik ea . Byebye 

Assalamualaikum !
Salam Maal Hijrah :)