Monday, 24 June 2013

My Hubby :)

Assalamualaikum :)

Hallo ! Okayy sekarang nie aku nak cerita pulak lagi pasal hubby aku . Ehh banyak sangat ke girlfriends aku ? Takpe laa . Jangan jelous .. Nak taw siapa sweetheart aku kali nie ? Budak nie budak Awesomee gilaa . I love her very very much . Kalau kat kelas tuh tak ceria kalau takde dia . Haha, sabar laa , nak bagitau laa nie .

Haaaa ! here's she !




Dah tengok dah ? Haa tuh laa my hubby.

     Tengok gambar dia tuh betul-betul . Dia nie suka buat muka comel . Kadang-ii menyampah pun ada . haha . Kidink je laa . Full name dia ialah Siti Zanariah bt Zainuddin . Atau lebih dikenali sebagai GIGI . haha . Betul laaa . Nak taw kenapa orang panggil dia gigi ? Sebab benda yang istimewa yang ada dekat dia ialah gigi dia . Bukan gigi dia tak cantik tapi shiny oii . Haha . Kau ada ? Tapi gambar atas nie dia cover pulak gigi dia . Biasa laaa taknak buat orang tergoda . haha :)

      Dia nie special sebab dia buatkan hari-ii seseorang iu ceria . Dia nie best , sporting , baik , pemurah and macam-ii lagi laa . Susah nak tengok dia marah sebab tuh ramai orang suka kawan dengan dia . Tapi , habit laa nie , dia suka sangat tido ! bilaa dah tido tuh dunia pun tak ingat , kalau sekolah kene bom pun dia tak dengar . haishh pelik-ii . Tapi ktorg takut bilaa nak kejutkan dia tidoo . Perhhh , kalau dia tido memang tak bole kacau . Kalau kau kacau habislah kene sumpah seranah dengan dia . Tapi yang peliknye ktorang tak kecik hati pun bilaa dia macam tuh tapi bende tuh jadi bahan lawak ktorang . 

      Sorry laa zanariah , marah kau susah nak terkesan kat ktorang . Ktorang gelakkan kau lagii ada laa . haha . Maaf yee . Zanariah nie jugak dikategorikan sebagai seorang yang buta ! Buta mata , buta hati and buta buta buta . Nak tahu sebab apa aku cakap macam tuh ? Sebab dia nie suka dekat orang yang betul-ii tak sesuai dengan dia ! Alahai aku tataw laa nak cakap apa . Betul laa orang cakap "cinta itu buta" . Haishh ! dunia dunia ! Takpe laa zanariah aku tetap sokong kau . haha

      Untuk pengetahuan korang . Zanariah nie pernah suka gila babi dekat seorang lelaki nie . Tapi sayang dia dikecewakan ! kesian dia kan . Sabar ea . Aku tahu kau kuat hadapi semua tuh . Takpe banyak lagii lelaki yang baik untuk kau kat luar sana tuh . Ingat bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor . Lagipun kau dah ada pengganti kan sekarang nie . Sokey , i will support for you dear !

      Zanariah ! thanks for being my crazy friend ! I love you so much . Aku harap persahabatan kite nie kekal  sampai Jannnah . Terima kasih sebab melayan kerenah aku yang gila nak mampus nie . haha . Wa sayang gilaa sama luu beb . Jangan tinggalkan aku tau . 

Aku tahu kau banyak rahsiakan ? haha , takpe laa kalau kau nak simpan . kalau kau nak share dengan aku bole jee . Aku setia dengan kau . heee . Sabar dengan dugaan hidup taw . Aku harap kau tak berhenti buat aku happy . Jangan nangis-ii . Burukk ! And jangan membebel macam mak nenek taww . Buruk sangat-ii . haha . 

Okayy laa . bye-ii . Assalamualaikum :))

tengok laa my hubby punye pictures <3



Tudung labuh you !



Haaa , tengokk gigi dia . Shinyyyy :P



Sweet kan ktorang ! :))))



Okay done , tunggu untuk next person yang seterusnye :))



Sunday, 23 June 2013

FRIENDSHIP !

Assalamualaikum

Halo-halo ! Tiba-ii pulak banyak nak tulis hari nie ! haha . layan je laa gila aku nie ..
Okay sekarang nie aku nak share pasal friendship ! Okay siapa tahu maksud friendship ? Haha , macam nak mengajar je kan ! Tkda laa . Saje je nak tanye ! Taw tak ? Okay kalau tak taw aku nak tunjuk sikit laa maksud persahabatan :)



1.Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar… Dah dapat sepak…
2. Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak…
3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang…
4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…
5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…
6. Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul…
7. Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru…
8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde…
9. Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari…
10. Lagi…Kawan tu macam ape ye??? Hmmmm…Haa…Kawan tu macam AWAK LA… Bila saya tulis artikel, awak akan baca dengan teliti sampai habis…

Persahabatan…
Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.
Secara ringkasnya…
1) Hak dalam harta
dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Perumpamaan dua org saudara adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya…… H.R dailami. Hadith ini menyebutkan bahawa dalam persahabatan itu perlu ade saling bantu membantu dalam menunaikan tujuan yang satu.tujuan yang utama itu ialah bahawa kita sebagai sahabat perlu memberikan sahamnya secara bersama2 baik dalam keadaan suka dan duka ,gembira dan sengsara.
2) Hak dalam memberi pertolongan dengan tenaga dan lain-lain
salah satunya adalah hak untuk memenuhi keperluan sahabat. .Apabila seorang kawan berhajatkan bantuan dan kita pula mampu untuk menolongnya, bantulah dia..dengan disertai wajah yang manis,ramah tamah, ikhlas dan air muka yang gembira untuk menunjukkan bahawa…..kita suka apabila sahabat kita itu meminta bantuan drp kita.
Seorang ulama pernah berkata: Perhatikanlah saudara-saudaramu itu dalam 3 persoalan iaitu jikalau ada yg sakit, tinjaulah dan jikalau ada yang dalam kesibukan, berikanlah pertolongan dan jika ada yang dalam kealphaan, maka peringatkanlah ia………Dalam hal ini Allah taala ade berfirman:
“Orang2 mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara sesama mereka itu” ayatullah ini menunjukkan supaya kita saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi dengan sahabat2 kita.
3) Hak dalam lidah dan hati 
Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan berkata-kata. Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang baik..seharusnya kita tidak boleh bercakap2 tentang keaiban sahabat..bahkan perintah menutup aib org lain juga..perlu dipraktikkan kepada seluruh umat manusia..Tidak menyebarkan keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di depan ataupun tidak. Dan jika sahabat itu bercerita kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita menceritakan kepada sahabat2 yang lain pula.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi  olehnya
” H.R Hakim”
Sebaliknya pula jika ada perkara baik atau pujian sampaikanlah berita2 gembira pada sahabat itu. Rasulullah pernah bersabda:”Mohonlah perlindungan Allah dari pada tetangga yang jahat, apabila melihat kebaikan org lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya H.R Bukhari.
Dengan berkata-kata pula,ialah saling nasihat menasihati,mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat2 dengan cara berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dari kamu semua mencintai saudaranya,hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya” H.R Abu Dawud,Tirmidzi dan Hakim. maknanya di sini..kita bagitaulah kepada sahabat kita yang kita menyukainya..agar selepas itu..sahabat akan lebih sayang kepada kita.
Selain itu, salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya.
Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya”
4) hak dalam memberi kemaafan
Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia..baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.Jika kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah dan lemah lembut. Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan2 sahabat2mu”
5 )Hak dalam mendoakan
Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya.Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara2 sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat:Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu”
H.R Muslim.
Begitulah secara ringkasnya..(banyak lagi sebenarnya)…
Sahabat2 yang di dalam rahmat Allah,
Begitu besarnya pengetian sahabat menurut islam.Semua umat islam adalah bersaudara.Sudah sewajarnya kita saling sayang menyayangi,hormat menghormati dan bantu membantu..dan dalam erti kata lain, memenuhi hak2 sebagai seorang sahabat . Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan.Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup kita.Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya.
sebelum berundur..hayatilah maksud hadith ini..
“Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua”

Okay ! Tu laa maksud persahabatan . Ambik dari tenet tadi . Haha . Takpe laa kan untuk kite jugakk .
Best kan maksud dia tuhh . Untung dapat sahabat yang selalu ingatkan kite pasal dunia dan akhirat !

     Sekarang nie aku nak cerita pasal sahabat aku ! Korang semua mesti ada sahabat kan ? Aku pun ada . Aku ada ramai sahabat yang baik dan setia dengan aku . Lagi-ii budak nuestra ! Waaaa aku sayang gilaa laa kat korang . Terima kasih sebab sudi jadi kawan terbaik aku terutamannya kawan yang selalu dengan aku . Leyha, Zanariah , Lieya , Puteri , Anie , Peahh , Atiqah , Atie , Eyna , Jiyaa n lain-ii . Sumpah aku sayang gilaa kat korang ..

     Sepanjang 3 tahun kite kat sbpis nie , kite dah banyak kenal antara satu sama lain kan . Semua dah taw peragai masing-ii . Ada positif ada negatif . Tapi takpe laa . Biasa laa tuh kan . Just tugas kite menjadi sahabat yang terbaik untuk semua orang . Jadi seorang yang jujur dalam persahabatan taw !

      Sahabat ! Aku seronok bilaa korang ada dengan aku mase aku happy aku sedih aku marah aku gilaa . Tiga tahun dah kite sama-ii duduk kat sbpis . Aku harap korunk dah kenal aku and korunk sayang aku . Aku tak mengharap lebih pun , aku just harap korang sabar melayan kerenah aku dan setia berkawan dengan aku . Jangan tinggalkan aku taw . Dan jangan lupakan aku . Aku takut hidup aku sunyi tanpa korang .
     Walaupun sepanjang 3 tahun nie banyak jugak masalah kite hadapi tapi aku seronok bilaa tengok kite selesaikan masalah kite same-ii kan . Aku harap kite selalu bersama dan bersangka baik antara satu sama lain . Aku taknak kite berpecah . Nanti tak best . Lebih-ii lagi bila ada f4 baru nanti . Aku harap kite masih lagi macam dulu dan tak berubah . Jangan lah kite jadi sombong nanti okayy !

     Aku harap life kite kat sini sentiasa bahagia . Kite kecapi kebahagian kite same-ii taw . Moga-moga kite semua dapat straight A dalam pmr nanti . Aminn . Sahabat ! aku harap lepas nie kite akan sentiasa jadi sahabat yang sejati . Tak gaduh , tak mngumpat belakang and paling penting kite tak gaduh pasal lelaki ! Tolong laa , jangan sebab lelaki persahabatan kite musnah ! Kite pertahankan persahabatan kite selagi bole . InsyaAllah , kite same lalukan terbaik untuk sahabat kite . Jangan bagi dia menangis sebab kite .

      InsyaAllah , selagi aku hidup aku akan cuba menjadi sahabat yang terbaik untuk korang semua . Aku harap korang tak benci aku . Aku akan cuba bahagiakan korang semua seperti mana korang bahagiakan aku kat sekolah tuh . Semoga persahabatan kite ini kekal sampah Jannah taw . Aminn . Walau apa pun yang berlaku , pertahankan persahabatan kite agar suatu hari nanti kite akan menjadi orang yang teristimewa untuk semua orang :)) Menjadi orang yang disayangi disisi ALLAH S.W.T <3

That all for today . Assalamualaikum :)


Tengok laa gambar sahabat-ii aku yang comel nie :))





























Ngeeeeeee . The emd <3






OH MY SWEETHEART !

Assalamualaikum !

Hehe , hari nie banyak pulak den nak post at blog tercinte nie ! *erkkk . Entah laa tibe-ii pulak dapat idea nak tulis apee . selalu borink jee kan . Haha , nasib laaa .

     Okay laa , today i wanna to share aboutt my sweetheart nie ! Nak tahu siapa dia ? Haaa , Dia adalah special person to me ! Haha, tink tong tink tong . Jangan fikir bende-ii merepek pulakk . Si dia yang special nie adalahh a girl yang sangat comel ! *erkkk ! Hahaha . Betul laa tuh she such as a cute person and cheerfully ! I love her very muchhh . Tapii !! Kami bukan lesbian ea !!! Haaaa , dont think negative things okayy . Just positive . Its more better ! Cehhh .

     Nak kenal tak siapa dia ! Okayy , I kenalkan siapa diaa kat you guyss ea ! 



Yeahhh ! Nie laa dia . Her name is Nurul Falihah Faisal :)
I love when she's smile ! Nampak maniss right :) 
p/s ada laa NUR sikit kat muka dia tuh . haha

Dia laa my sweetheart selama nie .. She's cute girl . Orang panggil dia leyha ! atau name manje dia gegurl ! Eeeee . Hahaha . I think name dia tuh sesuai sangat laa dengan attitude dia yang macam childish melampau ! Ohhh , dy lagii childishh daripada aku taw . Hehe . At least, aku matured sikit laaa . Takda laa gila-ii tahap gaban macam dia nie . Susah nak nampak dia seriuss . Tapi bila dia seriusss ! Woowwww , takut makkk ! Haha :) Tapiiiiiiiii , bila dia gila-gilaa ! Perhhh aku pun boley jadi gilaa layan dia . Geramm pun ada . Nasib baik laa aku nie penyabar !

     Nakk taw ape yang special pasal dia nie ? Banyak naw laa special . Haha . Dia nie salah seorang kawan baik aku . Aku paling rapat dengan dia . Aku banyak share story dengan dia and dia pun banyak share story kat aku , Yelaaa , bak kata orang sharing is caring . Dia nie sangat faham dengan masalah orang sekeliling dia . Hrmm bole laa . Haha . Kadang-ii semua orang nak share masalah dengan dia nie sebab dia nie pendengar yang setia . Sume masalah dia taw . Aku jee kadang-ii ketinggalan . Yelaa mana ada orang nak share dengan aku . Heee . Touching pulakk ! Typooooo !

       Antara satu sifat istimewa yang dia ada yang menarik minat untuk orang berkawan dengan dia ialah dia niee seorang yang sukeeeee sangat kacau orang lain . Kadang-ii takde angin tkde ribut ade je bende pelik-ii yang dia nak buat . Sampai aku pun kadang-ii tak paham . Haishh . Dia nie jugak budakk hot ! Dia nie susah nak sayang orang , tapi biler dia dah sayang , susah untuk dia lupakan orang tuh ! right leyha ? Haha . Sokey leyha . Aku taw kau kuattt .. Dia nie pernah dilukai dan disakiti dengan seorang lelaki yang durjana ! Arghh , aku pun benci laki tuhh . Takpe leyha , leyha tough ! Dia selalu sedih tapi aku tahu kesedihan dia banyak dia simpan dalam hati ! Sokeyy leyha , kadang-ii orang cakap simpan tuh lebih baik daripada meluah ! Seriouss , bende tuh betul jugakk :) heee

     Dia nie banyak istimewa laa , sebab tuh ramai sangat orang suka kawan dengan dia ! Dia jugak suka bagi nasihat dekat orang . She's brilliant jugak . And yang paling penting, dia seorang yang tabah gila-ii laaa . Dia dulu pernah kene maki laa kene sabotaj laa dengan budak lain tapi dia sabar jee . Budak yang buat kau tuh pun memang tak gune gilaaa . Memang dia sedih tapi kuat hadapi dugaan tuhh . Hati dia memang sakit . Kesian kau kan . Takpe leyha , suatu hari nanti ada kebahagiaan milik kau ! Dan mase tuh aku tumpang bahagia untuk kau . Lupakan segala benda yang pahit pernah jadi dalam hidup kau taw . Past is past ! Sabar itu penting :)

       Leyha terima kasih sebab jadi sahabat teristimewa aku . Terima kasih sebab sudi jadi pendengar setia aku walaupun story aku tak best ! Lepas nie jangan sedih-ii lagi taw . Aku nak tengok kau happy jee . Walaupun kite kurang rapat sikit tahun nie , tapi kalau kau ade masalah share je dengan aku taw . Jangan malu-ii . Cehh ! Aku harap kau maintain kesabaran kau and tingkatkan lagii kalau boleh . Jangan mengalah okayyy . Kau kuattt ! Yeahhh chaiyokk-ii . Gudluck untuk pmr yang tak lame lagi . Aku harap kite same-ii boleh buat yang terbaik . Aminn . Aku sayang kauu gila-gila babiii . Haha .

Ingat ! You are beautiful in your ways ! Jangan dengar sangat cakap orang yang dengki dengan kau taw ! 


Kekalkan kecomelan kau taw !




I very very hate when she's makes face . haha :')


Yang tuh bukan atok dia taw !


My besties ! Dia yang paling kiri sekali !

Okay laa . GTG ! Byeee , Assalamualaikum . :))))






SUKANTARA !

Assalamualaikum :)

Hye there ! Todayy i wanna to share with you guys abaut my bad + worst + teribble sports ! OMG , feeling sick gilaaa . Kalau bole ingat pun tak nakk . Tapi saje je nak update blog aku nie . Plus , tengah bosan nie . Heee .

     Okayy sukantara aku tahun nie memang gila-ii teruk . Daripada 4 acara satu je aku dapat lepass . Haha , malu siott . Tu r orang dah gemuk cenggini ler . Apa pun tak boley . Hehe . Nak tahu acare pe yang aku lepas ?

Jeng jeng jeng jeng jeng ! 

Haha . Lontar peluru je lepas ! Hambar kan . Lompat jauh, 100 n 400 tak lepass ! See , nampak sangat dah berat . Tahun lepas takde laa macam nie . Tahun lepas aku tk lepas 100 je . Tu pun pijak garisan taw . heee , nak jugak bela diri :) Tapi betul taw ! tak typooo . 

     Lagi satu kan ada orang cakap kat aku mase aku lari 100 harituh pipi aku pun lari sama . Arghh malunyeee . Dah ler mase kitorg lari ramai jugak laa ada kat situu . Waaaaaa , aku nak kurus . Tapi susah betul laaa . Diet pun tak menjadi . ish ish ish teruknye aku nie . Siapa jadi laki aku naseb kau ler dapat bini macam nie . Jangan membebel . Haha

     Btw, cogratz untuk kawan-ii aku yang berjaya melakukan sukantara tuh dengan baik . Tahniah-ii ! Cehhh , yang lepas tuh caya lah korang , constant ! bagus-ii . Semuanye hebat-ii tak macam aku . haha . Nak taw sape yang lepas tuhh mesti laa kawan aku ! Jiya, leyha , putput n len2 . Tiqah slek satu acare je . Kalau tak sume dah lepas . Tapi takpe laa rezeki masing-ii kan .

     Hopefully laa tahun nie Telekom still kekalkan kejuaraan sampai bila-ii . Aku taknak Telekom kalah ! Aku taw telekom boleh . InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk kekalkan merit aku nie . Aku takde laa budak masalah pun tapi ada jugaklaa masalah sikit-ii . Tapi biasa laa tuh , nobody perfects ! So, aku ikut kepala aku je laa . Haha . Jangan marahh yee :)

     Okay laa tuh je nak cakapp ! Harap-ii laa bole lupe sukantara nie . Waaaaaa , hampehhhh !
Byeee :))) Assalamualaikum ..

Tuesday, 4 June 2013

AKU PUNYA HOLIDAYS LAA :D

Assalamualaikum :)


Hi guys ! Hee , i know you must laughing when read my story before this right ? Haha , i know my story so "skema" but that was what i feel when i wrote the story . Its up to you laa want to comments everything . I don't care . Godaii . Hee , sorry . Ngeee :)

     Hurm , today nothing special laa . But , i just to share with you guys about my bored bored holidayss . Heee , If you don't like you can turn another blog . I don't care ! Godaii again . Hehe . *yelaa tak cakap lagii . :) btw, speaking i memang terabur but jangan komen apa-ii . Ngeeee ^^

     Okay-ii sambung balik ea , Cuti dua minggu aku nie takda laa sebest korang dapat travel sana sini . Aku just duduk rumah je . Macam orang tua-ii cakap "Goyang kaki besarkan badan" . Seriously , aku bosan gilaa   this holidayss . Arghh nasib baik laa aku tak kuat makan , kalau tak memang dah macam gorila laa . Ehh , before nie pun bukan macam gorila okayyy , Before nie cute aja macam barbiee . Oppss . Okay tak payah jelous . Haha just kidding :)

     Talk about my lovely homeworkk . Waaaa , *menangis tak berlagu . Tunggu nasib je laa naik sekolah nie . Haiyaaa , bukan malas nak buat tapi tak tahu nak buat . Hehe .. Yelaa , malas pun ada . Malas nak usaha . Nie laa aku . Haishh lepas nie jangan bagi aku balik lagi kat rumah nie . *erkkk ! Memang tak laaa . Aku nie da laa homesick . Mane boleh tak balik wooo , demam seminggu nanti . Cehhh , *typoooo . 

     Haaa , aku taw korang dah menyampah kann bace story aku . Takpa-ii . Sape suruh bace ? Aku tak suruh pun ^^ . But , korang kene dengar nie , hehe . My father and my grandfather promised me that each of them want to give me rm500 if i get 8A above in my PMR . Wowww so amazingg . Walaupun tak seberapa bagi korang but its wonderful for me . Family aku memang laa tak kaya mana but aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang . Setiap family ada keistimewaan masing-ii right ? hee

     Aku tahu mesti korang fikir akubelajar nanti tak ikhlas kan ? Aku belajar sebab aku nak duit tuh kan ! Haha , mule-ii memang aku fikir macam tuh jugak . Siap berada di dalam awang-awangan lagi . Cehhh , mati duitan betul . Tapi kan , bile-ii fikirkan balik aku mesti belajar kerana Allah just only for Him . So , aku kene betulkan niat aku tadi yang merapuu tahap gaban tuh . Kalau tak , tak berkat laa ilmu yang aku belajar selama . SubhanAllah , mintak dijauhkan  :)

    Aku tahu dan aku sedar aku nie takde laa pandai mane macam kawan-ii aku yang jauh lebih baik dari aku , but aku akan cuba usaha untuk menjadi yang terbaik . InsyaAllah . Doakan aku yang terbaik okayy . Doakan untuk kawan-ii aku jugak ^^ Aku takda laa target straight A pmr nie but i try to be one of the students yang dapat straight A . I'll try . Go ika ! Aku tahu kau boleh . Takde yang mustahil dalam dunia nie . Orang lain boleh buat , kau pun boleh buat lagiii baikk okayyy . Chaiyokkkk dear . Hee , bagi semangat untuk diri sendiri pulakk . Haha , peduli apa aku . Aku tengah semangat tahap gaban nie . Semangat tulis dalam blog je . Hee , InsyaAllah tak laa , semangat sampai bila-ii okayy ..

     Fikir-ii balik . Aku sebenarnye nak tulis sikit je . Lagipun aku pun takde story nak tulis , tapi aku tak tahu apa yang aku gaban kat atas tuhhh . Haha , gilaaa . Bace je laa , jangan banyak songgeh ! hehe . Yelaaa , aku nak stop laa nie . Okayy taaataaaaaaa .... Kalau korang nak tahu aku selalu tulis blog pagi-ii dalam pukul 2 keatas , patut laa aku gaban macam nie . Hoho . Naseb korang laa , aku tak suruh pun bukak blog nie . Okay okay aku stoppp . Byee sayanggg . muahhhhhss <3
Lots of Love :: LOL

OMG Kerja Kursusss ! Ohh nooo . Tak siap lagi woooo . Mati aku . Kang si Falihah nie membebel kat aku . Yelaa nanti aku siapkan ye nenek . Jangan risauu . Hehehe

bye nak tidur . Doakan aku supaya tak bangun lambat and tak lepas subuh taw . Hihi 
3.30 a.m da nie . Ish ish ish . Morning ! 
I Feel Better With You . Kahkahkah 

Assalamualaikum ^^^


Nanti duluu , nak share nie . Bace dan fahami taw :)




Ada lagi niee .....



Nak letak 2 je , tibe-ii ada lagi laa ..... <3



Ehhh ada lagi laa.......




Okay-ii the last onee ....