Saturday 23 November 2013

Ammar - pejuang Islam Malaysia popular di Turki dengan gelaran 'syahid yang tertangguh'






















Ahmad Ammar - Digelar sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid Yang Tertangguh”.

Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki. Beliau memilih bidang sejarah
di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk
 mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari
 dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah,
dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman,
mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan
Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan
Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran
sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun
tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran
 dalam tempoh yang panjang.









Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria.

Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik.

Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.

Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?

Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.

Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.

Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’ :

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi.

Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi : “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.” Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans.




Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara. Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya.

Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masyaallah Tabarakallah! Al-Fatihah. - aiyangdisayang



Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam


Tolong kasi UP berita anak muda Malaysia ini.

Ammar - pejuang Islam Malaysia popular di Turki dengan gelaran 'syahid yang tertangguh'

Siapa ada blog sila copy paste. Bagi yang hebat bahasa Inggeri/arabnya mohon jasa baik tulis semula artikel ini menggunakan bahasa inggeris/arab dan sebarkan. Yang tiada blog tolong SHARE.. seronok jika keperibadiannya jadi idola anak muda Islam Malaysia khasnya dan dunia amnya.

Wednesday 6 November 2013

Candles Light Dinner !

Assalamualaikum ---

Hehe . Do you see the title ? Mestilah kan . Apa laa aku nie . So topik aku pada hari nie ialah my first time candles light dinner . Wowww romantiknye kann . Jangan jelous okayy .

          Inilah pengalaman pertama aku makan malam dengan bercahayakan lilin . Haha , kau ada ? Takde kann . Nak kate romantik memang takde pun sebenarnye . Nak taw sebab ape ? Okay ceritanye macam nie , Masa harituh 3/11/2013 kami , f3 ada jamuan form pada malam tuhh . Ramai jugak tak setuju buat tarikh tuh termasuklah aku kerana harituh sepatutnya kami balik wajib . Cikgu pun tak setuju tapi taktaw laa , bukan aku arrange benda nie semua . Aku just ikut jee jadi kuli . Kuli laa sangat kan . Haha . 

        Nak dijadikan cerita pada malam yang indah itu , sedang kami tengah bersiap tiba-ii pulak semua gelap ! Jeng jeng jeng . Hahhhh ! apa benda tuhh ? Blackout laaa ! haha . Sepanjang aku 3 tahun kat sini tak pernah blackout teruk macam nie . Kenapa terukk ? Sebab satu Batang Melaka blackout wooo . Orang semua tengah excited tengok bola malam tuh maklumlaa final game tiba-ii speechless . Ada yang menangis ada yang macam histeria pun ada . Haha Jetjet je aku . Macam aku taw jee , hee typooo ! Hahh ? tak taw Batang Melaka tuh kat mana ? Hrmm google map laa . Takpe-ii aku dah biasa dah macam nie . haha . 

        Okay sambung balek , nak tak nak malam tuhh memang candles light dinner laa . Perhhh elok-ii semua dah siap lawa lawa handsome handsome . Last-ii jadi macam nie . Hrmm , benda nak jadi . Bukan kite boleh buat apa kann . Tapi memang malam tuh mood aku hilang terus laa . Takde mood langsung . Yang bestnye aku sorang jee yang hilang mood but yang lainn happy jee . Ehhh bagus laa korang kann . Tak jadi macam aku mengada-ngada jee kann . haha . Nak buat macam mana . Mood aku dah nak hilang . Sampai malam tuh 2 cucuk sate jee aku makan taw . Kek sesuap tuh pun dak leyha suapkan . Eeee mengadanyee . Haha . Memang aku nie . Lain kali jangan dilayan . heee

        Tunggu punye tunggu dekat 2 jam laa jugak ktorang bertapa dalam dewan tuhh . Takde laa bertapa mana riuhh jugakk . Cikgu yang datang malam tuh pun just Cikgu Ramli , Cikgu Norlian and Ustaz Nizam jee . Yelaa orang semua nak tengok bolaa . Lagipun sape jeee nak makan dalam gelap macam tuh . Nabek bek laa lilin banyak . haha . Kesian cikgu . Tapi terima kasihh sangat-ii sebab cikgu sudi datang especially Cikgu Norlian . Dahh laa bawak anak . Thanks jugakk . Sayang cikguu sangat-ii . Cikgu laa cikgu yang paling faham kiteorang and tak jemu-ii bangi semangat kat kiteorang . InsyaAllah kiteorang takkan lupa nasihat and semangat yang cikgu bagi dan kiteorang hargai sangat jasa yang cikgu bagi kat kiteorang . Love you much ^^)

       Akhirnya , setelah sekian lama menyala jugak lampu-ii di sekolahku ini . Cehhh . Bahagianye . Mana taknye bergegar datu dewan uh dengan dyorang punye menjerit , Haha . Aku tak menjerit okayy . Aku cakap Alhamdulillah jeee . Cehhhh hahaha . Semua cakap laa . Dan dengan menyalanye lampu-ii tuh . Mood aku terus berubahhh happy .Siott kan . Tapi tak lama , sebab tiba-tiba tudung aku nie buat hal . Dan tak dapat dibetulkan . Haha , ingatkan apa laa tadi kan . Tapi memang geram laa . Spoil giler tudung tuhh . Arghh ! Tengok laa lepas nie aku taknak pakai kau lagi . Menyirapp ! Heee . Tapi takde laa spoil mana , aku okayy je maklum laa aku nie aci redah jee . Benda simple jee . Comel jugak muka aku tuh . KAhkahkah . Jangan marah yee . 

        HAhh ! Lupa nak cerita tadi masa blackout tuh , aku pegi laa luar dewan jap nak ambik angin . Panas woo kat dalam tuh . Lepas tuh aku masuk balik . Tiba-ii aku nampak kuah sate dah tumpah atas mejaa . Wahh bertepek macam apa tah atas meja tuhh . Tuh takpa lagii , yang menyirap nye kuah tuh pulak terkena kat beg camera nikon akuh tuh . PErhhh , angin satu badan aku . Dah laa takde mood , lepas tuh boleh pulak dia buat hal lagi dengan aku . Wahhh ! Sabar je r . Nak je aku tumbuk tumbuk muka dia . Dush dush dush sampai mati . haha . Naseb aku tengah mood diam + sabar jee mase tuhh . Kalau tak memang aku mencarut habis laaa . Ish ish ish . Benefit jugak bad mood aku nie . Tak tambahkan dosa dengan mencarut . haha . Yang tak bestnye bila aku tanye sape yang buat takde sorang pun mengaku . Ishh , naseb bekk laa . Tapi memang tak bertanggungjawab laa sape yang buat tuh , yelaa dah buat lepas tuh tak geti-ii nak kemaskan . Haihhh ! Memang useless betul ! Tak boleh dimaafkan . Tapi takpe aku maafkan . Aku nie pemaaf orangnye . haha . Puji diri sendiri . Yelaa takde sape nak puji so aku laa yang puji . Hoho . Kesah pe aku !

        Huhh ! Penuh perasaan aku cerita , taip pun laju jee . hoho . Sambung balik tadi , lepas dah light on , semua happyy jumuan pun diteruskan . Ada penyampaian cenderamata for everyone . Budak perempuan dapat shawl budak lelaki dapat T-shirt . Naseb baik awesome dia punye hadiah . Berbaloi laa jugak 20 hinggit aku terbang . HAha . Lawa shawl dia . T-shirt pun smart . Banyak dyorang dapat T-shirt bolaa . Lelaki laa katekan . Sesuai laa tuh . Masa ambik hadiah tuh masing-masing ada partner ! Nak taw siapa partner aku ? Hahh ! nama dia juan ! The handsome guy ! Opsss . haha . And ktorang dapat gelaran romeo and juliet . Wahh sweet kan ? Haha , tapi ktorang takde ape-ii pun . Just for fun jee . 

        Lepas acara penyampaian hadiah , ada pulak acara persembahan nyanyian oleh budak-ii lelaki . Tak sangka berbakat jugak dyorang nie dalam nyanyian . Fuhh boleh buat orang melting jugak laa . Nyanyi lagu jiwang pulak tuhh . Suara yang sedap ikhwan, nazierul and syahmi yang lain mintak maaf yee , ke laut laa abang nyanyi . haha . Tapi boleh diterima laa . Kiteorang terhibur .

       Hrmm , rasanye dah terlalu panjang aku taip nie . Kalau aku buat karangan macam nie alangkah bagusnye . tapi tulis karangan yang suka hati apa aku nak tulis . Haha . gilaaa ! Okay laa okay laa , dah penat nie . Byeee . Assalamualaikum muchoooo ^^


Wait wait waitt.......................

Haaaa , nak letak jugak gambar candle light dinner ktorang yang 'meletop' tuh :)

See, gelap-ii pun happy



Semua tengah cuakk time nie



Nice right ? InsyaAllah ktorg semua akan dapat 9A . Aminn



Red Carpet yang Awesome


thank cikgu sebab sudi datang :)

Haha , Bad mood punya pasal . Snap gambar pun taknak



Inilah dia penyanyi-ii yang takde bakat . haha . Saket telinga woo . 
Tapi yang main gitar tuh best :)


Here we r !





Nothing !@#$%^&*

Assalamualaikum :)

Hoihoi for a long long long time aku tak update blog , sekarang nie baru terdetik nak update . Hehe . Tengokkk ! dah berabuk dah blog nie kann . Ish ish ish . Tiuppp sikit kasi hilang ini habuk . Buat sesak nafas je kann . Erkkkk . Haha . Gilaa time :) Nie bilaa aku update nie ada laa sebabnye . Nak taw sebab apa ? Sebabb aku bosan gilaa tahap gaban laaa . Huhhhh ! Duduk sekolah bosan duduk rumah bosan . Everything I do like nonsense , ridiculous and bored bored bored ! haha

        Actually, banyak cerita aku lepas PMR nie . Aku pun pelik kenapa aku malas nak update . Malas sangat . Hrmmm , entahlaa . Okay-ii cerita aku selepas bergelar ex-candidate pmr nie boleh dikatakan macam pengemis pun ada . Haha . Lupaa , bukan aku sorang . Kami semua . Budak-budak comel f3 2013 . Huhhh ! Sebab apa macam pengemis ? Sebab kiteorang nie dah takde tempat nak duduk cuz kelas kiteorang dah digunakan untuk senior-ii kiteorang yang nak jawab SPM . Wahhh ! SPM derrr ! Cuak cuakk . Heee, aku pulak lebih-ii . Tahun nie dyorang tak dapat guna dewan sebab dewan nak renovate . Yelaaa , dah dapat SBT laa katekan . Tapi , bukan dia nak letak air-cond ! Huhhhh ! Takpe2 . Bersyukur je laa kann . Nanti kalau letak air-cond makin nipis laa ozon kite right ! Sayangilah bumi kite ini okayy . Cehhh , tapi betul laa kan . Dan laa Allah bagi pinjam so kenalah jage baik-ii taw :) hehe

        Hrmm , benda paling sedih jadi F3 tahun nie ialah kiteorang dah jadi batch yang dibenci oleh cikgu-cikgu . Ohhh sad sad ! Serious taw ....... Tak taw laa apa nak jadi dengan batch aku nie . Masalah masalah masalah ! Batch yang dicop sebagai batch kurang ajar , batch pemalas , batch pencuri , batch paling tak unite , batch paling teruk , batch bod*h , batch bla bla bla . Hrmm , nasib badan laa . Masing-ii ada buat masalah . Aku pun ada masalah yang tersendiri . Tapi entah laa . Nak salahkan budak tuh budak nie tak boleh jugak sebab masalah tuh kite sama-ii yang buat so tanggung laa sendiri . Aku pun tak taw nak buat apa . Hrmm , kite sabar jee laa . Mybe , aku rasa f3 tahun nie ego semua tinggi gilaa . Masing-ii taknak mengalah . Sorang masalah satu batch kena . Takpe laa sabar jee laaa dugaan . Hopefully, benda nie tak ganggu result kami nanti . Jangan doakan yang buruk-ii taw . Hee . Kami mintak maaf cikgu :) Setiap manusia buat kesilapan . 

        Kalau dah kira tambah tolak darab bahagi , lepas pmr nie aku dah cuti 2 minggu dahh . Hehe . Macam sekolah bapak aku jee kann . Ish ish ish . Tapi takpe laa kan . Bukan nak buat apa-ii pun kat sekolah tuh . Bawak benda haram pun tak boleh . Heee , name pun benda haram memang laa tak boleh bawak . Ape laaa . Tapi bukan haram disisi Islam taw nie haram disisi sekolah kami . Alaa faham-ii je laa . So baik duduk rumah . Even bosan pun bebas laa sikit right ! hee . Aku nie bukan jenis orang yang suka peraturan . Buktinye hari-ii aku lambat pegi sekolah . Hari-ii nama aku kena tulis . Pengawas tuh pun dah cam aku . Haha . Makin famous laa aku ! Tapi aku bukan batak hot pun . Tapi memang nonsense laa . Ada ke patut dia suruh keluar sekolah pukul 6.55 ! Lepas daripada masa tuh terus dia tulis nama . Ehhh tak patut tak patut . Nak pi sekolah awal pun buat apa . Takde benda nak buat . Hrmm , whatever laa . Aku cuba tanak lambat ! Bukan tak cubaa taw . Tapi tak janji laa hari-ii nak cepat . Mintak maaf laa yeee :) heee . Jangan tension-ii . Smile jee bila nampak aku taw . Hoho

Dahh laa nanti aku sambung balik ea . Byebye 

Assalamualaikum !
Salam Maal Hijrah :)

        

Sunday 4 August 2013

RAMADHAN TIBA , RAMADHAN TIBA :)

Assalamualaikum :)

Hee , mesti korang pelik kan baca title tuh . Orang lain sibuk cakap pasal syawal , tiba aku masih lagi cakap pasal ramadhan . Maaf laa ye , lambat sikit .. Sebenarnye boleh tahan banyak laa jugak nak cakap pasal ramadhan sebab tuh kene tulis jugak nie . Lagipun aku tataw nak tulis pasal raya . Alaa relax-ii , 3 hari lagi laaa .

       Okay, kite cakap pasal ramadhan . Hrmm , ramadhan korang tahun nie macam mana ? Mesti gempak kan . Untung laa , ramadhan aku tahun nie hambar sikit laaa . Yelaaa , sebulan duduk kat penjara tak keluar-ii memang laa hambar . Asyak mengadap lauk "dm" yang sedap tuh . Hadoiii , naik muak aku . haha . Okayyy2 , rezeki ! tak baik cakap macam tuh . Astaqfirullahalazim ! Maaf yee . Ramadhan aku tahun nie tak macam ramadhan tahun lepas , lainn sangat .. First ramadhan je aku dah rasa lain . Hrmm , nak tahu sebab apa ? Sebab seseorang nie yang buat ramadhan aku tahun lepas happy sangat . Tapi , masa tahun lepas aku tak rasa pun happy , sekarang baru rasa kehilangan . Cehhh , tuh laa orang cakap , hargai seseorang itu selagi dia masih ada . Maaf, aku tak hargai kau sepenuhnya dulu . Tapi , takpe laa past is past . Aku tak menyesal and i'm must go on okayyy .. Chaiyokk-ii . Aku tak mengharap kau baca benda alaa nie . Seriously tak -,-

       Kite sambung balik , ramadhan tahun nie jugak adalah ramadhan yang agak mencabar bagi kami . Yelaa , daa laa sebulan tak balik . Dapat berbuka kat rumah berapa hari jee . Hrnmm . Takpe-ii ! Pengorbanan ! Harap-ii pengorbanan kami nie tak sia-ii . InsyaAllah . Bulan nie jugak kami bertungkus lumus menjawab Peperiksaan Percubaan SBP. Wooo, serious talk ! Susah gilaa soalan dia ea ! Terkebil-kebil aku nak menjawabnya . Haddoiii , aku tataw laa soalan apa yang dia bagi atau aku yang tak cukup belajar . Tapii , memang susah laa soalan dia . Budak pandai pun terkumat-kamit taw nak jawab . Haaa , hambik kau ! Time nie baru tahu langit nie tinggi ke rendah .. Erkkk ! Okay tak masukk . Just forget about it . Tapi , ada result yang da dapat sikit . Yang unbelievablenye , markah sejarah aku ! Woww, Very amazing aku dapat A . Walaupun markah dia cukup-ii makan je tapi Alhamdulillah . Seriously aku bersyukur sangat , sebab subjek sejarah nie antara subjek yang aku tak suka . The killer subjek . Aku pun tataw macam mana bole dapat A sedangkan exam-ii sebelum nie B pun aku tak pena dapat . Tapi rezeki Allah nak bagi kan . Alhamdulillah :) Aku harap benda nie berterusan laaa . Aminnn :)

       Okay , cakap pasal teraweh pulak ? Teraweh korang macam mana ? full tak ? Hrmm , teraweh aku kat sekolah full laa , tiba balik rumah je malas . Haishh apa nak jadi laa dekat aku nie kan . Padahal bulan ramadhan sekali je setahun . Aku pun tataw sama ada sempat ke lagi nak sambut ramadhan yang seterusya . Entahh aku dah takde lagi dekat dunia nie . Takdir Allah kan , siapa je yang tahu . Tapi mintak dijauhkan laa . Sebab , aku tahu dosa aku nie terlalu banyak dan aku belum lagi nak bertaubat sepenuhnya . Hrmm , hopefully pintu hati aku nie aku terbuka untuk bertaubat dan tidak membuat dosa-ii besar . Even dosa kecil pun aku akan cuba elakkan . Harap-ii . Doakan untuk aku supaya dapat menjadi muslimat sejati dunia dan akhirat .

       Bazar ? Macam mana perbelanjaan korang bulan puasa nie ? Boros tak ? Haihhh nafsu bulan puasa nie kena jaga jugak taw . Jangan semua benda kau nak beli , alih-ii membazir jugak . Ingat "membazir amalan syaitan" taw . Lepas nie jangan buat lagi . Tahun nie aku punya perbelanjaan Alhamdulillah , dapat jugak berkurangan , Hampir setiap hari jugak laa aku pegi bazar , tapi bazar kat sekolah jee laaa . Bazar kecil-kecilan . Aku dapat kurangkan perbelanjaan aku sebab satu hari kalau aku pegi bazar , bajet perbelanjaan mesti rm2 . Tak boleh lebih , kurang bole . Kadang-ii aku ikut je kawan-ii aku bershopping at bazar tapi aku tak beli apa-ii . Yelaa , nak kurus punya pasal . Tup-tup 3kg turun wooo . Bestnya . Walaupun sikit je , tapi amat bernilai untuk aku . Cehhh . haha

Okayy laa , dah ngantuk dah nie . Esok nak bangun sahur . Kang liat pulakk . Heee . 3 kali sahur je lagi . Manfaatkan bulan ramadhan anda ini sepenuhnya taw . Qiamulai jangan lupa . Roger ! Byee . Assalamualaikum :)

Wednesday 3 July 2013

I'm sorry dik ;'(

Assalamualaikum 

Hye guys ... I have something nak share at you guys . Tapi , nak bagitaw dulu kenapa aku balik rumah sekarang nie . Haaa , sekolah aku jadi tuan rumah rugbi sbp satu malaysia . Gabung dengan mozac so dapat laaa balik samapai ahad nie . Aku balik semalam , cuti lima hari tapi homework mengalahkan cuti 2 minggu . Sumpah banyak gilaa . Haish , takpa-ii IKHLAS ! hehe . Tapi sejujurnya aku tak suka balik minggu nie ! Bukan apa , puasa rabu minggu depan so kalau dah balik harinie tak bole balik untuk sambut first ramdhan kat rumah . Hrmm , sambut kat sekolah je laa . Sedihhhh , sob sob :'(
 Actually, aku ada something nak cerita nie . Tapi tak taw laa cerita sedih ke tidak . Its up to you guys :)

      Hrmm aku nak cerita pasal seorang hamba Allah nie . Dia nie dah macam adik aku sendiri tapi bukan adik kandung . Ktorang nie boleh tahan rapat jugak laa . Tapi kat facebook and twitter je . Kalau kat sekolah , haremmm nak tegur-ii . Just nganjing-ii apa yang patut je . Haha . Ade pulak macam tuh kan . Hee , itulah laa kami . Cehhhh .. Dia nie memang nakal sangatt ! Mulut dia tuh rasa nak cili-ii jee bila dia merapu benda yang bengong-ii yang buat aku pun jadi bengong . Kadang-ii kau buat aku nie macam kawan-ii kau je . Haha . Tapi takpe , dia nie bestt . Selalu jugak buat aku happy . Bilaa aku 0n9 dia laa selalu chat dengan aku . Walhal , baru je aku 0n9 terus terpacak je kat chatbox uhh . Haha . Penat nak layan kau laa . Tapii nasib baik laa kau nie kelakar jugak .

       Sebenarnye ktorang nie tak pernah declare apa-ii pun . Tapi kawan-ii aku lelaki n kawan-ii dia semua ingat kami nie memang berangkat-angkat . Tapi , aku tak kisah pun , mulut orang kan bukan kita boleh jaga . Walaupun kadang-ii aku sakit hati jugak bila kena nganjing dengan budak kelas aku pasal kau . Sokey-ii aku buat tak tahu jee . Biar laa dyorang tuh . Go to hell . Haha . Kau pun kena nganjing jugak kan . Haha , kesian kau . Tapi kau dah give dah kan . Takpe laaa its up to you laa adik ! Aku tak kisah pun .

       Okay , main purpose aku tulis blog nie sebab , aku nak cakap dengan korang yang dia dah pun taknak ada apa-ii lagi dengan aku . Maksudnya adik akak nie laa . Mula-ii aku memang terkejut sebab sudden je kan . Tapi takpe laa your decision kan . Aku ikut jeee . Tapi sedih jugak laa , sebab kau dah lama contact dengan aku . Kau pun kadang-ii selalu dengar masalah aku . Bagi nasihat pun ada . Jiwang-ii pun ada . Haha . Banyak bagi hadiah dekat aku pulak tuh . I'm very appreciate it :)) Kalau boleh bagi laa lagi . Walaupun aku rasa tak mungkin lagi kot . Tapi aku rasa dulu kau pernah janji nak bagi aku coklat lagi , tapi tak dapat-ii lagi sampai sekarang . Haha , mybe kau lupa kot . Takpe-ii aku tak kisah pun :)

       Sebab dia buat macam tuh ialah masa harituh , waktu tuh jerebu belum habis lagi . Tapi dia balik awal kat sekolah walhal esoknye cuti sebab jerebu semakin kritikal . Ala maklum laa budak gajen . Hahaha . Tapi lepas dia dah balik tuh , dia yang buat kesalahan yang besar bagi aku dan pihak sekolah . Aku tak tahu laa apa motif dia buat macam tuh . Nak tanya dia , tapi takut dia terasa pulak . Yelaa , dia nak kena panggil dengan cikgu-ii . Kena macam-ii . Lepas tuh yang paling kesiannye kena bantai lagi dengan senior-ii . Aku pun tak tahu apa hak korang bantai dia . Biasa laa manusia buat kesalahan tapi tak payah laa nak bantai dia sampai teruk macam tuh .

       Aku bukan laa nak back up siapa-ii tapi aku kesian jugak dekat kau . Okay , masalah dia ialah dia masuk asrama puteri ! Memang laa masa tuh tak ramai orang lagi yang balik , tapi ada jugak laa orang yang stay kat aspuri uh . Aku tak sangka macam mana kau boleh terfikir nak buat benda tuh ? Sampai sekarang aku tertanya-tanya motif kau . Masa aku dengar cerita pasal tuh , sejujurnya memang aku marah gilaa dekat kau , sakit hati sangat-ii . Sorry sebab aku mencarut gila-ii kat kau . Maaf :'(  . Bagi aku masalah tuh memang besar . Yelaa sekolah sbpi lepas tuh yang buatnya form 2 . Tapi bukan dia sorang jee yang buat , ada lagi 2 orang kawan dia . Yang peliknya , kawan-ii yang ikut dia tuh semua budak baikkk . Haaa , tu laa aku pelik sampai sekarang . Nak tanya pun dah tak boleh daa , yelaaa dia pun dah taknak contact aku lagii .

        Hurmm , tapi sekarang aku dah tak marah lagi dah . Aku tahu ramai lagi yang still blame kau . Takpe laa dugaan hidup . Sabar okayyy , Stay strong . Sekarang pun kau dah tak macam dulu lagi . Dah tak seceria dulu lagi , kawan-ii kau pun simpati dengan kau . Yelaa , siapa tak sedih bila kawan sendiri kena bantai gila-ii dengan senior-ii . Sokey laa dik . Aku tahu kau kuatt . Yeahhh , aku harap kau lupakan je laa apa yang berlaku . Past is past ! Aku harap kau dah tak buat lagi laaa . Aku tahu kau dah berubah sekarang nie . Aku happy tengok perubahan kau . Just aku tak happy kau still sedih pasal nie lagii . Hurmm , doa lah banyak-ii supaya kau dapat hadapi dugaan nie taw . Aku pun doakan yang terbaik untuk kau . Aku harap kau happy macam dulu lagi . Aku nak tengok perangai gila-ii kau lagi .

       Aku terharu baca chat terakhir kau bagi kat aku . Nie ayat dia " I think aq nak adek kakak ngan ko stop ahh.. aku pon dah wat slah...and aq pon taw aq spe.. so dripada aq di kutuk oleh ko ngan kengkawan ko baek aq x yah layan korang.. so Forgive me bye... hadiah aku bgi ko tuh.. jagalahh ~~ " . Aku akan jaga sebaik mungkin apa yang kau bagi kat aku . InsyaAllah . Kau abaikan laa apa yang dyorang cakap . Maaf sebab kutuk kau . Yelaa orang tengah marah kan . Aku pun tak tahu nak balas apa , walhal hati aku ada macam nak cakap kat kau . Tapi takpa laa . Mybe nie yang terbaik untuk kau dan aku . So , kita stop jee laa . Aku pun nak pmr tak lama lagi . Kau doakan aku dapat straight A taw . Aku pun doakan kau dapat orang yang boleh layan kerenah kau yang gila-ii nie lebih baik daripada aku . Jangan sedih-ii lagi taw . Buruk rupa kau tuh . Heee :)


Lastly , maafkan aku kalau akau ada buat salah dekat kau . Kita manusia yang selalu buat kesilapan . Halalkan apa yang kau bagi kat aku . Apa-ii pun kau tetap adik terbaik untuk aku . Hapuskan segala kesedihan mu ... Cehhh . Haha . 

Okayy laa . Thats all . Assalamualaikum :))

       
       

Monday 24 June 2013

My Hubby :)

Assalamualaikum :)

Hallo ! Okayy sekarang nie aku nak cerita pulak lagi pasal hubby aku . Ehh banyak sangat ke girlfriends aku ? Takpe laa . Jangan jelous .. Nak taw siapa sweetheart aku kali nie ? Budak nie budak Awesomee gilaa . I love her very very much . Kalau kat kelas tuh tak ceria kalau takde dia . Haha, sabar laa , nak bagitau laa nie .

Haaaa ! here's she !




Dah tengok dah ? Haa tuh laa my hubby.

     Tengok gambar dia tuh betul-betul . Dia nie suka buat muka comel . Kadang-ii menyampah pun ada . haha . Kidink je laa . Full name dia ialah Siti Zanariah bt Zainuddin . Atau lebih dikenali sebagai GIGI . haha . Betul laaa . Nak taw kenapa orang panggil dia gigi ? Sebab benda yang istimewa yang ada dekat dia ialah gigi dia . Bukan gigi dia tak cantik tapi shiny oii . Haha . Kau ada ? Tapi gambar atas nie dia cover pulak gigi dia . Biasa laaa taknak buat orang tergoda . haha :)

      Dia nie special sebab dia buatkan hari-ii seseorang iu ceria . Dia nie best , sporting , baik , pemurah and macam-ii lagi laa . Susah nak tengok dia marah sebab tuh ramai orang suka kawan dengan dia . Tapi , habit laa nie , dia suka sangat tido ! bilaa dah tido tuh dunia pun tak ingat , kalau sekolah kene bom pun dia tak dengar . haishh pelik-ii . Tapi ktorg takut bilaa nak kejutkan dia tidoo . Perhhh , kalau dia tido memang tak bole kacau . Kalau kau kacau habislah kene sumpah seranah dengan dia . Tapi yang peliknye ktorang tak kecik hati pun bilaa dia macam tuh tapi bende tuh jadi bahan lawak ktorang . 

      Sorry laa zanariah , marah kau susah nak terkesan kat ktorang . Ktorang gelakkan kau lagii ada laa . haha . Maaf yee . Zanariah nie jugak dikategorikan sebagai seorang yang buta ! Buta mata , buta hati and buta buta buta . Nak tahu sebab apa aku cakap macam tuh ? Sebab dia nie suka dekat orang yang betul-ii tak sesuai dengan dia ! Alahai aku tataw laa nak cakap apa . Betul laa orang cakap "cinta itu buta" . Haishh ! dunia dunia ! Takpe laa zanariah aku tetap sokong kau . haha

      Untuk pengetahuan korang . Zanariah nie pernah suka gila babi dekat seorang lelaki nie . Tapi sayang dia dikecewakan ! kesian dia kan . Sabar ea . Aku tahu kau kuat hadapi semua tuh . Takpe banyak lagii lelaki yang baik untuk kau kat luar sana tuh . Ingat bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor . Lagipun kau dah ada pengganti kan sekarang nie . Sokey , i will support for you dear !

      Zanariah ! thanks for being my crazy friend ! I love you so much . Aku harap persahabatan kite nie kekal  sampai Jannnah . Terima kasih sebab melayan kerenah aku yang gila nak mampus nie . haha . Wa sayang gilaa sama luu beb . Jangan tinggalkan aku tau . 

Aku tahu kau banyak rahsiakan ? haha , takpe laa kalau kau nak simpan . kalau kau nak share dengan aku bole jee . Aku setia dengan kau . heee . Sabar dengan dugaan hidup taw . Aku harap kau tak berhenti buat aku happy . Jangan nangis-ii . Burukk ! And jangan membebel macam mak nenek taww . Buruk sangat-ii . haha . 

Okayy laa . bye-ii . Assalamualaikum :))

tengok laa my hubby punye pictures <3



Tudung labuh you !



Haaa , tengokk gigi dia . Shinyyyy :P



Sweet kan ktorang ! :))))



Okay done , tunggu untuk next person yang seterusnye :))



Sunday 23 June 2013

FRIENDSHIP !

Assalamualaikum

Halo-halo ! Tiba-ii pulak banyak nak tulis hari nie ! haha . layan je laa gila aku nie ..
Okay sekarang nie aku nak share pasal friendship ! Okay siapa tahu maksud friendship ? Haha , macam nak mengajar je kan ! Tkda laa . Saje je nak tanye ! Taw tak ? Okay kalau tak taw aku nak tunjuk sikit laa maksud persahabatan :)



1.Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar… Dah dapat sepak…
2. Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak…
3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang…
4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…
5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…
6. Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul…
7. Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru…
8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde…
9. Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari…
10. Lagi…Kawan tu macam ape ye??? Hmmmm…Haa…Kawan tu macam AWAK LA… Bila saya tulis artikel, awak akan baca dengan teliti sampai habis…

Persahabatan…
Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.
Secara ringkasnya…
1) Hak dalam harta
dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Perumpamaan dua org saudara adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya…… H.R dailami. Hadith ini menyebutkan bahawa dalam persahabatan itu perlu ade saling bantu membantu dalam menunaikan tujuan yang satu.tujuan yang utama itu ialah bahawa kita sebagai sahabat perlu memberikan sahamnya secara bersama2 baik dalam keadaan suka dan duka ,gembira dan sengsara.
2) Hak dalam memberi pertolongan dengan tenaga dan lain-lain
salah satunya adalah hak untuk memenuhi keperluan sahabat. .Apabila seorang kawan berhajatkan bantuan dan kita pula mampu untuk menolongnya, bantulah dia..dengan disertai wajah yang manis,ramah tamah, ikhlas dan air muka yang gembira untuk menunjukkan bahawa…..kita suka apabila sahabat kita itu meminta bantuan drp kita.
Seorang ulama pernah berkata: Perhatikanlah saudara-saudaramu itu dalam 3 persoalan iaitu jikalau ada yg sakit, tinjaulah dan jikalau ada yang dalam kesibukan, berikanlah pertolongan dan jika ada yang dalam kealphaan, maka peringatkanlah ia………Dalam hal ini Allah taala ade berfirman:
“Orang2 mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara sesama mereka itu” ayatullah ini menunjukkan supaya kita saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi dengan sahabat2 kita.
3) Hak dalam lidah dan hati 
Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan berkata-kata. Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang baik..seharusnya kita tidak boleh bercakap2 tentang keaiban sahabat..bahkan perintah menutup aib org lain juga..perlu dipraktikkan kepada seluruh umat manusia..Tidak menyebarkan keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di depan ataupun tidak. Dan jika sahabat itu bercerita kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita menceritakan kepada sahabat2 yang lain pula.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi  olehnya
” H.R Hakim”
Sebaliknya pula jika ada perkara baik atau pujian sampaikanlah berita2 gembira pada sahabat itu. Rasulullah pernah bersabda:”Mohonlah perlindungan Allah dari pada tetangga yang jahat, apabila melihat kebaikan org lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya H.R Bukhari.
Dengan berkata-kata pula,ialah saling nasihat menasihati,mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat2 dengan cara berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dari kamu semua mencintai saudaranya,hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya” H.R Abu Dawud,Tirmidzi dan Hakim. maknanya di sini..kita bagitaulah kepada sahabat kita yang kita menyukainya..agar selepas itu..sahabat akan lebih sayang kepada kita.
Selain itu, salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya.
Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya”
4) hak dalam memberi kemaafan
Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia..baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.Jika kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah dan lemah lembut. Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan2 sahabat2mu”
5 )Hak dalam mendoakan
Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya.Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara2 sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat:Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu”
H.R Muslim.
Begitulah secara ringkasnya..(banyak lagi sebenarnya)…
Sahabat2 yang di dalam rahmat Allah,
Begitu besarnya pengetian sahabat menurut islam.Semua umat islam adalah bersaudara.Sudah sewajarnya kita saling sayang menyayangi,hormat menghormati dan bantu membantu..dan dalam erti kata lain, memenuhi hak2 sebagai seorang sahabat . Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan.Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup kita.Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya.
sebelum berundur..hayatilah maksud hadith ini..
“Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua”

Okay ! Tu laa maksud persahabatan . Ambik dari tenet tadi . Haha . Takpe laa kan untuk kite jugakk .
Best kan maksud dia tuhh . Untung dapat sahabat yang selalu ingatkan kite pasal dunia dan akhirat !

     Sekarang nie aku nak cerita pasal sahabat aku ! Korang semua mesti ada sahabat kan ? Aku pun ada . Aku ada ramai sahabat yang baik dan setia dengan aku . Lagi-ii budak nuestra ! Waaaa aku sayang gilaa laa kat korang . Terima kasih sebab sudi jadi kawan terbaik aku terutamannya kawan yang selalu dengan aku . Leyha, Zanariah , Lieya , Puteri , Anie , Peahh , Atiqah , Atie , Eyna , Jiyaa n lain-ii . Sumpah aku sayang gilaa kat korang ..

     Sepanjang 3 tahun kite kat sbpis nie , kite dah banyak kenal antara satu sama lain kan . Semua dah taw peragai masing-ii . Ada positif ada negatif . Tapi takpe laa . Biasa laa tuh kan . Just tugas kite menjadi sahabat yang terbaik untuk semua orang . Jadi seorang yang jujur dalam persahabatan taw !

      Sahabat ! Aku seronok bilaa korang ada dengan aku mase aku happy aku sedih aku marah aku gilaa . Tiga tahun dah kite sama-ii duduk kat sbpis . Aku harap korunk dah kenal aku and korunk sayang aku . Aku tak mengharap lebih pun , aku just harap korang sabar melayan kerenah aku dan setia berkawan dengan aku . Jangan tinggalkan aku taw . Dan jangan lupakan aku . Aku takut hidup aku sunyi tanpa korang .
     Walaupun sepanjang 3 tahun nie banyak jugak masalah kite hadapi tapi aku seronok bilaa tengok kite selesaikan masalah kite same-ii kan . Aku harap kite selalu bersama dan bersangka baik antara satu sama lain . Aku taknak kite berpecah . Nanti tak best . Lebih-ii lagi bila ada f4 baru nanti . Aku harap kite masih lagi macam dulu dan tak berubah . Jangan lah kite jadi sombong nanti okayy !

     Aku harap life kite kat sini sentiasa bahagia . Kite kecapi kebahagian kite same-ii taw . Moga-moga kite semua dapat straight A dalam pmr nanti . Aminn . Sahabat ! aku harap lepas nie kite akan sentiasa jadi sahabat yang sejati . Tak gaduh , tak mngumpat belakang and paling penting kite tak gaduh pasal lelaki ! Tolong laa , jangan sebab lelaki persahabatan kite musnah ! Kite pertahankan persahabatan kite selagi bole . InsyaAllah , kite same lalukan terbaik untuk sahabat kite . Jangan bagi dia menangis sebab kite .

      InsyaAllah , selagi aku hidup aku akan cuba menjadi sahabat yang terbaik untuk korang semua . Aku harap korang tak benci aku . Aku akan cuba bahagiakan korang semua seperti mana korang bahagiakan aku kat sekolah tuh . Semoga persahabatan kite ini kekal sampah Jannah taw . Aminn . Walau apa pun yang berlaku , pertahankan persahabatan kite agar suatu hari nanti kite akan menjadi orang yang teristimewa untuk semua orang :)) Menjadi orang yang disayangi disisi ALLAH S.W.T <3

That all for today . Assalamualaikum :)


Tengok laa gambar sahabat-ii aku yang comel nie :))





























Ngeeeeeee . The emd <3






OH MY SWEETHEART !

Assalamualaikum !

Hehe , hari nie banyak pulak den nak post at blog tercinte nie ! *erkkk . Entah laa tibe-ii pulak dapat idea nak tulis apee . selalu borink jee kan . Haha , nasib laaa .

     Okay laa , today i wanna to share aboutt my sweetheart nie ! Nak tahu siapa dia ? Haaa , Dia adalah special person to me ! Haha, tink tong tink tong . Jangan fikir bende-ii merepek pulakk . Si dia yang special nie adalahh a girl yang sangat comel ! *erkkk ! Hahaha . Betul laa tuh she such as a cute person and cheerfully ! I love her very muchhh . Tapii !! Kami bukan lesbian ea !!! Haaaa , dont think negative things okayy . Just positive . Its more better ! Cehhh .

     Nak kenal tak siapa dia ! Okayy , I kenalkan siapa diaa kat you guyss ea ! 



Yeahhh ! Nie laa dia . Her name is Nurul Falihah Faisal :)
I love when she's smile ! Nampak maniss right :) 
p/s ada laa NUR sikit kat muka dia tuh . haha

Dia laa my sweetheart selama nie .. She's cute girl . Orang panggil dia leyha ! atau name manje dia gegurl ! Eeeee . Hahaha . I think name dia tuh sesuai sangat laa dengan attitude dia yang macam childish melampau ! Ohhh , dy lagii childishh daripada aku taw . Hehe . At least, aku matured sikit laaa . Takda laa gila-ii tahap gaban macam dia nie . Susah nak nampak dia seriuss . Tapi bila dia seriusss ! Woowwww , takut makkk ! Haha :) Tapiiiiiiiii , bila dia gila-gilaa ! Perhhh aku pun boley jadi gilaa layan dia . Geramm pun ada . Nasib baik laa aku nie penyabar !

     Nakk taw ape yang special pasal dia nie ? Banyak naw laa special . Haha . Dia nie salah seorang kawan baik aku . Aku paling rapat dengan dia . Aku banyak share story dengan dia and dia pun banyak share story kat aku , Yelaaa , bak kata orang sharing is caring . Dia nie sangat faham dengan masalah orang sekeliling dia . Hrmm bole laa . Haha . Kadang-ii semua orang nak share masalah dengan dia nie sebab dia nie pendengar yang setia . Sume masalah dia taw . Aku jee kadang-ii ketinggalan . Yelaa mana ada orang nak share dengan aku . Heee . Touching pulakk ! Typooooo !

       Antara satu sifat istimewa yang dia ada yang menarik minat untuk orang berkawan dengan dia ialah dia niee seorang yang sukeeeee sangat kacau orang lain . Kadang-ii takde angin tkde ribut ade je bende pelik-ii yang dia nak buat . Sampai aku pun kadang-ii tak paham . Haishh . Dia nie jugak budakk hot ! Dia nie susah nak sayang orang , tapi biler dia dah sayang , susah untuk dia lupakan orang tuh ! right leyha ? Haha . Sokey leyha . Aku taw kau kuattt .. Dia nie pernah dilukai dan disakiti dengan seorang lelaki yang durjana ! Arghh , aku pun benci laki tuhh . Takpe leyha , leyha tough ! Dia selalu sedih tapi aku tahu kesedihan dia banyak dia simpan dalam hati ! Sokeyy leyha , kadang-ii orang cakap simpan tuh lebih baik daripada meluah ! Seriouss , bende tuh betul jugakk :) heee

     Dia nie banyak istimewa laa , sebab tuh ramai sangat orang suka kawan dengan dia ! Dia jugak suka bagi nasihat dekat orang . She's brilliant jugak . And yang paling penting, dia seorang yang tabah gila-ii laaa . Dia dulu pernah kene maki laa kene sabotaj laa dengan budak lain tapi dia sabar jee . Budak yang buat kau tuh pun memang tak gune gilaaa . Memang dia sedih tapi kuat hadapi dugaan tuhh . Hati dia memang sakit . Kesian kau kan . Takpe leyha , suatu hari nanti ada kebahagiaan milik kau ! Dan mase tuh aku tumpang bahagia untuk kau . Lupakan segala benda yang pahit pernah jadi dalam hidup kau taw . Past is past ! Sabar itu penting :)

       Leyha terima kasih sebab jadi sahabat teristimewa aku . Terima kasih sebab sudi jadi pendengar setia aku walaupun story aku tak best ! Lepas nie jangan sedih-ii lagi taw . Aku nak tengok kau happy jee . Walaupun kite kurang rapat sikit tahun nie , tapi kalau kau ade masalah share je dengan aku taw . Jangan malu-ii . Cehh ! Aku harap kau maintain kesabaran kau and tingkatkan lagii kalau boleh . Jangan mengalah okayyy . Kau kuattt ! Yeahhh chaiyokk-ii . Gudluck untuk pmr yang tak lame lagi . Aku harap kite same-ii boleh buat yang terbaik . Aminn . Aku sayang kauu gila-gila babiii . Haha .

Ingat ! You are beautiful in your ways ! Jangan dengar sangat cakap orang yang dengki dengan kau taw ! 


Kekalkan kecomelan kau taw !




I very very hate when she's makes face . haha :')


Yang tuh bukan atok dia taw !


My besties ! Dia yang paling kiri sekali !

Okay laa . GTG ! Byeee , Assalamualaikum . :))))






SUKANTARA !

Assalamualaikum :)

Hye there ! Todayy i wanna to share with you guys abaut my bad + worst + teribble sports ! OMG , feeling sick gilaaa . Kalau bole ingat pun tak nakk . Tapi saje je nak update blog aku nie . Plus , tengah bosan nie . Heee .

     Okayy sukantara aku tahun nie memang gila-ii teruk . Daripada 4 acara satu je aku dapat lepass . Haha , malu siott . Tu r orang dah gemuk cenggini ler . Apa pun tak boley . Hehe . Nak tahu acare pe yang aku lepas ?

Jeng jeng jeng jeng jeng ! 

Haha . Lontar peluru je lepas ! Hambar kan . Lompat jauh, 100 n 400 tak lepass ! See , nampak sangat dah berat . Tahun lepas takde laa macam nie . Tahun lepas aku tk lepas 100 je . Tu pun pijak garisan taw . heee , nak jugak bela diri :) Tapi betul taw ! tak typooo . 

     Lagi satu kan ada orang cakap kat aku mase aku lari 100 harituh pipi aku pun lari sama . Arghh malunyeee . Dah ler mase kitorg lari ramai jugak laa ada kat situu . Waaaaaa , aku nak kurus . Tapi susah betul laaa . Diet pun tak menjadi . ish ish ish teruknye aku nie . Siapa jadi laki aku naseb kau ler dapat bini macam nie . Jangan membebel . Haha

     Btw, cogratz untuk kawan-ii aku yang berjaya melakukan sukantara tuh dengan baik . Tahniah-ii ! Cehhh , yang lepas tuh caya lah korang , constant ! bagus-ii . Semuanye hebat-ii tak macam aku . haha . Nak taw sape yang lepas tuhh mesti laa kawan aku ! Jiya, leyha , putput n len2 . Tiqah slek satu acare je . Kalau tak sume dah lepas . Tapi takpe laa rezeki masing-ii kan .

     Hopefully laa tahun nie Telekom still kekalkan kejuaraan sampai bila-ii . Aku taknak Telekom kalah ! Aku taw telekom boleh . InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk kekalkan merit aku nie . Aku takde laa budak masalah pun tapi ada jugaklaa masalah sikit-ii . Tapi biasa laa tuh , nobody perfects ! So, aku ikut kepala aku je laa . Haha . Jangan marahh yee :)

     Okay laa tuh je nak cakapp ! Harap-ii laa bole lupe sukantara nie . Waaaaaa , hampehhhh !
Byeee :))) Assalamualaikum ..